19 Mac 2020
Saudara dan Saudari sekalian:
Apabila kami telah melihat banyak perubahan di seluruh dunia kerana pandemik COVID-19, penyesuaian telah dibuat terhadap pelayanan penginjil, pekerjaan bait suci, dan cara kita berkumpul dan menyembah.
Kebelakangan ini, telah banyak panduan baru dibuat oleh pakar di seluruh dunia. Selepas berunding sebagai Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, kami merasakan ia adalah tindakan yang bijak untuk mengubah format persidangan umum April 2020.
Setiap sesi akan disiarkan dari auditorium kecil di Temple Square. Presidensi Utama akan memimpin dan mempengerusikan sesi itu, dan hanya mereka yang telah dijemput untuk berbicara atau berdoa akan hadir. Muzik untuk persidangan telah dirakam sedia.
Dengan perubahan ini, kami merasa ia boleh membantu mereka yang berusaha untuk mengawal penularan dan kesan pandemik ini. Kami bersyukur untuk usaha mereka dan terus berdoa bagi mereka. Kami tersentuh dengan banyak laporan yang kami terima tentang pelayanan kepada mereka yang memerlukan dalam masa-masa yang tidak menentu ini. Kami doakan agar Bapa Syurgawi mencurahkan berkat-Nya ke atas anda.
Ini akan menjadi persidangan yang menakjubkan. Pesanan tentang kebenaran, harapan, dan ilham akan menguasai ketika kita memperingati Pemulihan injil Yesus Kristus dan mendengar kepada-Nya.
Yang benar,
Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul
_____
Kemas Kini Penyesuaian Sementara bagi Penyembahan di Bait Suci
13 Mac 2020
Saudara dan Saudari sekalian
Keadaan kesihatan sedunia yang kian berubah telah menimbulkan keresahan. Banyak kerajaan telah meletakkan sekatan yang memerlukan penutupan sementara bagi beberapa buah bait suci. Kami dengan penuh doa cuba untuk mengimbangi batasan-batasan ini dengan keperluan untuk menjalankan pekerjaan bait suci, kami membuat keputusan untuk membuat penyesuaian sementara yang berikut, berkuatkuasa pada 16 Mac 2020, untuk semua bait suci di seluruh dunia.
• Jika kerajaan atau sekatan lain terhadap perhimpunan awam dan/atau perhimpunan agama berkuatkuasa, maka aktiviti bait suci, perwakilan dan tatacara bagi yang hidup akan digantung sementara.
• Jika kerajaan atau sekatan lain tidak menghalang semua aktiviti bait suci, tatacara bait suci untuk yang hidup berikut akan dijalankan mengikut muatan yang diizinkan melalui temu janji sahaja: tatacara pemeteraian suami isteri, pemeteraian anak-anak kepada ibu bapa dan tatacara permulaan bagi yang hidup serta anugerahan. Untuk sementara, tatacara bait suci melalui perwakilan tidak akan dilaksanakan.
• Semua rumah pengunjung bait suci akan ditutup.
Ahli Gereja akan disediakan arahan ketika membuat temu janji untuk tatacara bagi yang hidup. Individu yang mempunyai temu janji terdekat boleh menghubungi kakitangan bait suci.
Langkah-langkah akan diambil di semua bait suci bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit, termasuk mengurangkan kakitangan bait suci, menghadkan tatacara bagi yang hidup, dan mengikuti panduan dalam berinteraksi dengan pengunjung [bait suci].
Maklumat tambahan akan disediakan kepada presidensi bait suci, dan penyesuaian lanjut akan dibuat jika perlu.
Kami menantikan waktu ketika bait suci boleh beroperasi sepenuhnya lagi dan melanjutkan berkat-berkat pekerjaan bait suci bagi para ahli dan nenek moyang mereka.
Yang benar,
Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul
_____
Kemas Kini: Pertemuan para Ahli Gereja Dihentikan di Seluruh Dunia Untuk Sementara Waktu
Para pemimpin setempat akan berunding untuk menentukan cara membuat sakramen tersedia kepada para ahli sekurang-kurangnya sekali sebulan
Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menghantar surat 12 Mac 2020 berikut, kepada para ahli Gereja di seluruh dunia.
Saudara dan Saudari sekalian,
Seperti yang dijanjikan dalam surat 11 Mac 2020, kami terus memantau perubahan keadaan yang berkaitan dengan COVID-19 di seluruh dunia. Kami telah pertimbangkan nasihat pemimpin Gereja setempat, pegawai kerajaan dan profesional perubatan, dan telah mencari bimbingan Tuhan dalam hal ini. Kami sekarang menyediakan arahan yang dikemas kini berikut.
Bermula dengan serta-merta, semua pertemuan awam para ahli Gereja dihentikan untuk sementara waktu di seluruh dunia sehingga sehingga diberitahu kelak. Ini termasuk:
- Persidangan pancang, persidangan kepimpinan dan pertemuan besar yang lain
- Semua penyembahan umum, termasuk pertemuan sakramen
- Aktiviti cabang, bahagian dan pancang
Jika boleh, sila laksanakan mesyuarat kepimpinan penting melalui teknologi. Soalan spesifik boleh dirujuk kepada pemimpin imamat setempat. Arahan selanjutnya yang berkaitan dengan perkara-perkara lain akan disediakan.
Uskup harus berunding dengan presiden pancang mereka untuk menentukan cara membuat sakramen tersedia untuk para ahli sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Kami menggalakkan para ahli dalam usaha mereka untuk menjaga satu sama lain. Kita harus mengikuti contoh Juruselamat untuk memberkati dan membantu orang lain.
Kami memberi kesaksian tentang kasih Tuhan pada masa ketidakpastian ini. Dia akan memberkati anda untuk mencari kebahagian ketika anda melakukan yang terbaik untuk menjalani injil Yesus Kristus dalam setiap keadaan.
Dengan iklas,
Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul